ASUS secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka iaitu Zenfone 12 Ultra pada 6 Februari 2025.
1, 2, 3… Action! 🎬📸
— ASUS (@ASUS) January 12, 2025
Zenfone 12 Ultra unlocks the power of AI, so get ready to step into a new era of mobile photography excellence!
Stay tuned for the ultimate upgrade on February 6 at 14:30 (GMT+8). #Zenfone12Ultra #AISnapinStyle pic.twitter.com/tEtOwSaoqU
Seiring dengan pengumuman tersebut, ASUS melalui platform X turut berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Zenfone 12 Ultra akan memfokuskan kepada teknologi dan fungsi yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Bukan itu sahaja, Zenfone 12 Ultra akan turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K dengan ciri penjejakan secara terbina. Selain itu, peranti ini dijangka akan menawarkan keupayaan fotografi yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dikongsi oleh ASUS mengenai Zenfone 12 Ultra. Kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan menggunakan spesifikasi yang hampir sama seperti siri ASUS ROG Phone 9.