Close

Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan bermula 15 Januari

Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula diberikan bermula 15 Januari 2025. Sumbangan ini akan diberi melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar.

Untuk tahun 2025, pembayaran SARA melalui MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding sebelum ini hanya tersedia di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja.

Kadar bantuan SARA yang akan diterima adalah RM2100 untuk tahun 2025 berbanding RM1200 pada tahun 2024. Selain itu, Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Namun, bermula April 2025 bantuan tersebut akan dinaikkan kepada RM200 sebulan.

Selain itu, 4.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tiada dalam rekod eKasih akan turut menerima bantuan SARA tambahan. Untuk kategori isi rumah, bantuan tambahan SARA yang akan diterima adalah RM100 sebulan, sementara warga emas tiada pasangan akan menerima bantuan tambahan SARA RM50 sebulan.

Melalui program ini, penerima SARA boleh membeli barangan keperluan asas terpilih melalui MyKad di kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih dari 1200 buah di seluruh negara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN