Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 17 Air sebagai pengganti kepada iPhone 16 Plus. Model baru ini dijangka akan tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan.

Terbaru, iPhone 17 Air dikatakan mempunyai ketebalan sekitar 6.25mm bukan 5mm atau 6mm seperti mana yang dilaporkan sebelum ini. Ketebalan 6.25mm boleh dikatakan agak nipis berikutan ruang untuk memuatkan komponen yang terhad.
Dengan menggunakan rekaan yang nipis, iPhone 17 Air mungkin tidak mempunyai slot kad SIM fizikal. Bermaksud, ia hanya akan menyokong eSIM sahaja. Selain itu, laporan tersebut turut menyatakan harga jualan untuk iPhone 17 Air adalah lebih mahal namun hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah berikutan rekaannya yang nipis.