Close

Hollyland LARK M2S kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM499

Hollyland secara rasmi memperkenalkan mikrofon kompak tanpa wayar ke pasaran tempatan melalui Lark M2S. Peranti ini tampil dengan saiz yang lebih kecil, lebih ringan dan harga jualan yang menarik.

Lark M2S hadir dengan rekaan yang kompak dan ringan dengan berat hanya 7 gram setiap satu. Lebih menarik, tiada logo jenama yang diletakkan pada mikrofon tersebut dan ia menggunakan rekaan jenis klip.

Lark M2S ini menyokong audio 24-bit dan terdapat ciri mod Active Noise Cancellation (ANC). Bukan itu sahaja, mikrofon ini turut menyokong Signal-to Noise Ratio pada 70dB dan juga Sound Pressure Level pada 11dB. Mikrofon baru ini turut menggunakan sistem sambungan yang lebih stabil dan menyokong rakaman sehingga 300 meter.

Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 9 jam untuk setiap mikrofon dan mencapai sehingga 30 jam dengan bekas pengecas. Mikrofon ini turut boleh digunakan dengan pelbagai peranti seperti kamera, telefon pintar dan juga komputer riba.

Lark M2S ditawarkan dengan 3 pilihan varian iaitu LARK M2S Combo (RM659), LARK M2S Mini Combo (RM599) dan LARK M2S USB-C (RM499). Bagi yang beminat, mikrofon ini boleh mula dibeli di semua pengedar rasmi Hollyland.

ARTIKEL BERKAITAN