Close

Samsung Galaxy Ring akan tiba di Malaysia 22 Januari ini

Samsung Galaxy Ring akan diperluaskan ke 15 pasaran baru termasuk Malaysia. Sebelum ini, Galaxy Ring hanya ditawarkan di 38 negara sahaja. Buat yang tidak mengetahui, peranti telahpun dilancarkan pada tahun lalu di acara Galaxy Unpacked.

Seiring dengan pengumuman itu, Samsung akan menawarkan 3 pilihan warna baru untuk Galaxy Ring iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold. Selain pilihan warna baru, Samsung turut menambah 2 pilihan saiz baru iaitu 14 dan 15 sekaligus menjadikan ia mempunyai pilihan saiz dari 5 hingga 15.

Aplikasi Samsung Health turut hadir dengan kemas kini baru yang menawarkan penambahan ciri seperti data pemantauan tidur, panduan waktu tidur terbaik dan mindfullness. Ciri baru ini direka untuk membantu pengguna mendapatkan tidur yang berkualiti.

Galaxy Ring dihasilkan menggunakan bahan binaan titanium gred 5 dan menyokong penarafan IP68. Hadir dengan pelbagai fungsi kecergasan dan juga penjejak kesihatan. Dari segi ketahanan bateri ia mampu bertahan sehingga 7 hari.

Berdasarkan dari perkongsian Samsung, Galaxy Ring akan tiba ke pasaran tempatan pada 22 Januari ini. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga jualan di Malaysia. Sebagai rekod, Galaxy Ring ditawarkan pada harga sekitar $399 (RM1877) di Amerika Syarikat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN