Kerajaan Indonesia dilaporkan merancang untuk menetapkan had umur minima bagi pengguna media sosial. Langkah tersebut diambil bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dari
Larangan atau rang undang-undang untuk menetapkan had umur minima untuk pengguna media sosial bukanlah perkara baru. Australia telahpun mengharamkan media sosial untuk kanak-kanak bawah umur 16 tahun. Denda akan dikenakan kepada penyedia platform sekiranya gagal untuk menghalang akses media sosial bagi pengguna bawah umur.
Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi iaitu Meutya Hafid tidak mendedahkan secara terperinci mengenai had umur minima yang akan ditetapkan untuk media sosial. Selain itu, rancangan ini masih lagi dalam fasa perbincangan dan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi dari masa ke semasa.