Tecno sedia untuk menawarkan tablet baru mereka iaitu Megapad 11 ke pasaran tempatan. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan harga jualan yang mampu milik.

Tecno Megapad 11 hadir dengan skrin LCD bersaiz 11-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak 440 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan 18W melalui USB-C. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti 4 pembesar suara Dolby Atmos, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi Android 14.

Di Malaysia, Tecno Megapad 11 dijual pada harga RM899 (LTE + WiFi) dengan setiap pembelian akan menerima kerangka pelindung dan papan kekunci percuma.