Close

Nubia Flip2 diumumkan – Guna skrin lebih besar dengan cip Dimensity 7300X

Nubia secara rasmi mengumumkan fon lipat baru jenis clamshell iaitu Flip2. Tampil dengan pelbagai peningkatan seperti skrin luar lebih besar, spesifikasi yang lebih berkuasa dan menyokong penarafan untuk ketahanan yang lebih baik.

Nubia Flip2 hadir dengan skrin luar AMOLED bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+. Manakala, untuk skrin luar ia menggunakan saiz yang lebih besar iaitu 3-inci berbanding 1.43 pada model sebelumnya. Dengan menggunkan skrin luar yang lebih besar ia kini menyokong pelbagai jenis aplikasi.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300X yang digabungkan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Dimuatkan dengan bateri 4300mAh yang menyokong pengecasan PD 3.0 yang mampu mengecas dari 0% ke 100% dalam 55 minit.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Depth dan swafoto 32MP. Seperti peranti lain, Nubia Flip2 ini turut menyokong fungsi yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) iaitu AI Reply. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti penarafan IPX4, IPX2, Bluetooth 5.4 dan menjalankan Android 14.

Di Jepun, Nubia Flip2 dijual pada harga bermula sekitar JPY64,080 (RM1850) untuk 6GB + 128GB. Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN