Close

HONOR Magic7 Pro akan menyokong kemas kini sehingga 5 tahun

HONOR akan menawarkan sokongan kemas kini yang lebih panjang pada peranti andalan mereka iaitu Magic7 Pro.

Menurut HONOR, Magic7 Pro akan menerima sokongan kemas kini sehingga 5 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk kemas kini keselamatan. Bermaksud, Magic7 Pro akan menerima kemas kini sehingga tahun 2030.

Sokongan kemas kini yang lebih panjang, peranti ini berpotensi untuk menjadi pilihan bagi pengguna yang mementingkan kepada kemas kini. HONOR Magic7 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite, bateri 5850mAh, pengecasan 100W dan tetapan tri-kamera belakang.

Di Malaysia, HONOR Magic7 Pro dijual pada harga bermula RM4599 untuk 12GB + 512GB dan RM5199 untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dengan 3 pilihan warna Breeze Blue, Black dan Lunar Shadow Grey.

ARTIKEL BERKAITAN