Nintendo secara rasmi berkongsi rekaan konsol mereka yang seterusnya iaitu Switch 2. Perkara tersebut dikongsi melalui YouTube rasmi Nintendo yang berdurasi 2 minit 21 saat.


Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan Switch 2 hadir dengan rekaan skrin yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya. Saiz skrin dianggarkan sekitar 8.4-inci dengan rekaan bingkai yang nipis. Konsol ini berkemungkinan akan menggunakan panel jenis OLED. Terdapat juga kickstand pada bahagian belakang yang telah direka semula yang berbentuk U.


Rekaan Joy Con turut diberi nafas baru dengan rekaan yang lebih besar dan boleh disambung secara magnetik. Selain itu, terdapat juga butang tambahan baru yang dimuatkan. Switch 2 akan dilengkapi dengan port USB-C baru yang turut tersedia pada Joy Con.

Nintendo mengesahkan Switch 2 akan menyokong permainan asal Switch secara fizikal dan juga digital. Namun begitu, mungkin terdapat permainan yang tidak disokong sepenuhnya pada Switch 2.

Maklumat lebih terperinci mengenai Switch 2 akan didedahkan pada April 2025. Jadi, sama-sama kita nantikan.