Close

Samsung Galaxy S25 dan S25+ turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3999

Selain Galaxy S25 Ultra, Samsung turut memperkenalkan Galaxy S25 dan S25+ ke pasaran tempatan. Tampil dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Samsung Galaxy S25+

Galaxy S25+ hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan Super Smooth 120Hz, Vision Booster, kecerahan puncak 2600 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2.

Dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 4900mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W dan 15W tanpa wayar.

Untuk fotografi, dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 10MP Telefoto OIS +12MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12 MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 7, penarafan IP68 dan menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15.

Untuk harga jualan, Galaxy S25+ dijual pada harga bermula RM4999 (12GB + 256GB) dan RM5599 (12GB +512GB). Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Navy, Icyblue, Mint dan juga Silver Shadow.

Samsung Galaxy S25

Untuk Galaxy S25, ia hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.2-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan Super Smooth 120Hz, Vision Booster, kecerahan puncak 2600 nits dan dilindungi Gorilla Glass Victus 2.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 25W dan 15W tanpa wayar.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 50MP OIS + 10MP telefoto OIS + 12MP utlra lebar . Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 7, penarafan IP68 dan menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15.

Untuk harga jualan, Samsung Galaxy S25 dijual pada harga bermula RM3999 untuk 12GB + 256GB dan RM4599 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Navy, Icyblue, Mint dan juga Silver Shadow.

Setiap pembelian siri Galaxy S25 hadir dengan langganan Gemini Advanced dan storan awanan 2TB secara percuma selama 6 bulan. Selain itu, pelanggan yang melakukan pra-tempahan bermula 23 Januari hingga 13 Februari 2025. akan menerima tawaran bernilai sehingga RM1600. Bukan itu sahaja, pengguna juga akan menerima peningkatan storan berganda bernilai RM600 untuk model terpilih.

ARTIKEL BERKAITAN