Close

Ini 5 fungsi menarik Galaxy AI pada Samsung Galaxy S25 Series

Seperti yang kita tahu, Samsung telah memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Galaxy S25. Hadir dengan 3 pilihan model iaitu Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra.

Siri Galaxy S25 hadir dengan penawaran kecerdasan buatan (AI) yang lebih maju yang diintegrasi dengan AI multimodal dan juga Gemini Advanced. Berikutan itu, kami ingin berkongsi 5 fungsi Galaxy AI baru pada siri Samsung Galaxy S25.

Now Brief

Siri Samsung Galaxy S25 kini dilengkapi dengan fungsi Now Brief, yang mana fungsi ini memberikan rangkuman aktiviti pada waktu pagi dan malam seperti ramalan cuaca serta agenda sepanjang hari. Bukan itu sahaja, terdapat juga fungsi Now Bar yang memberikan kemas kini masa nyata pada skrin hadapan ketika dikunci.

Circle to Search

Fungsi Circle to Search kini menyokong peningkatan yang lebih menarik. Fungsi tersebut kini boleh mengesan muzik melalui video. Sebelum ini, fungsi tersebut lebih terarah kepada carian melalui imej atau teks sahaja. Bukan itu sahaja, Circle to Search juga mampu mengesan nombor telefon, alamat e-mel dan URL.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu membulatkan subjek untuk memulakan carian. Circle to Search membolehkan pengguna melakukan carian berdasarkan dari apa yang terpapar pada skrin tanpa perlu bertukar aplikasi.

Audio Eraser

Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna memadam bunyi bising pada video. Fungsi ini akan mengasingkan bunyi latar dan bunyi suara selepas dianalisis. Seterusnya, pengguna boleh memadamkan atau membuang bunyi tersebut. Terdapat 6 kategori audio yang disokong iaitu voice, music, noise, crowd, nature dan wind.

Auto Trim

Membuat atau menghasilkan video kini lebih mudah dengan fungsi Auto Trim. Melalui fungsi ini, ia akan menganalisis dan menyunting video yang dipilih dan menjadikan ia kepada video yang lebih menarik. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menyunting video mengikut citarasa sendiri. Video yang telah disunting boleh dikongsi secara terus ke media sosial.

Gallery Search

Carian imej atau video pada aplikasi galeri kini lebih mudah dan pantas melalui Gallery Search. Fungsi ini membolehkan imej atau video dicari dengan hanya merujuk kepada lokasi kandungan tersebut diambil. Lebih menarik, carian ini boleh dilakukan melalui teks atau suara. Dengan hanya satu kata kunci, imej atau video yang dicarikan akan diperlihatkan.

ARTIKEL BERKAITAN