Close

Samsung Galaxy S25 Edge diperlihatkan – Guna rekaan lebih nipis

Pada acara Galaxy Unpacked, Samsung telah memperlihatkan satu lagi peranti baru mereka yang dipanggil sebagai Galaxy S25 Edge. Melalui video teaser yang dikongsi, peranti ini tampil dengan rekaan yang lebih nipis.

Walau bagaimanapun, Samsung tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran untuk peranti tersebut. Galaxy S25 Edge dikatakan akan menjadi peranti paling nipis dalam siri Galaxy S25.

Berdasarkan dari beberapa maklumat yang didedahkan, Galaxy S25 Edge mungkin adalah Galaxy S25+ namun dengan rekaan yang lebih nipis, bateri yang lebih kecil dan hanya dilengkapi dengan dua kamera belakang.

Dari segi harga jualan, ia mungkin diposisikan di antara harga Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra. Selain itu, peranti ini dijangka akan diperkenal pada sekitar Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN