Close

Nissan dilaporkan sedia untuk bekerjsama dengan rakan kongsi baru

Nissan Motor dilaporkan sedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi baru selepas perbincangan penggabungan dengan Honda dibatalkan.

Menurut laporan, Nissan dikatakan sedang mencari rakan kongsi baru sebagai alternatif selepas kegagalan penggabungan dengan Honda. Rundingan penggabungan tersebut ditamatkan selepas Honda mencadangkan untuk menjadikan Nissan sebagai anak syarikat.

Berikutan dari itu, Nissan kini terbuka untuk bekerjasama dengan rakan kongsi baru, termasuklah syarikat teknologi seperti Foxconn yang berpangkalan di Taiwan. Sebagai rekod, Foxconn pernah merancang untuk berjasama dengan Nissan dalam perniagaan EV tetapi ditolak.

Disebabkan penggabungan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, Nissan perlu mencari jalan baru untuk bersaing dalam industri automotif yang kini dipelopori oleh pengeluar dari China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN