Close

Proton bina kilang pengeluaran EV di Tanjung Malim – Versi CKD dijangka akan lebih murah

Proton telahpun memulakan pembinaan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia. Kilang tersebut akan dibina di Tanjung Malim dan dijangka akan beroperasi pada akhir 2025.

Pembinaan kilang tersebut menelan belanja sekitar RM82 juta dengan pengeluarannya akan merangkumi pasaran Malaysia dan pasaran luar negara. Proton menyasarkan pengeluaran sebanyak 20,000 unit EV pada fasa pertama dan meningkat kepada 45,000 unit EV pada fasa kedua.

Kilang ini akan memasang model berasaskan kepada platform Global Modular Architecture (GMA) bermula dengan e.MAS 7. Selain e.MAS 7, kilang ini dijangka akan turut membuat pemasangan untuk EV Proton yang seterusnya iaitu e.MAS 3 dan e.MAS 5.

Pembukaan kilang ini akan turut memberi kesan kepada vendor Automotive High Tech Valley (AHTV). Selain itu, pembukaan kilang ini dijangka dapat mewujudkan lebih dari 200 peluang pekerjaan dalam perindustrian EV dan perkhidmatan teknikal.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN