Apple telah melepaskan kemas kini iOS 18.3.1 yang memfokuskan kepada masalah keselamatan dan juga pepijat.

Kemas kini ini mengutamakan kepada penyelesaian masalah keselamatan yang membolehkan penggodam mengakses data peribadi tanpa kebenaran melalui USB Restricted Mode. Yang mana, penggodam mempunyai keupayaan untuk mematikan USB Restricted Mode pada peranti yang dikunci.
Buat yang tidak mengetahui, USB Restricted Mode adalah fungsi keselamatan yang memerlukan kata laluan sebelum ia boleh disambungkan kepada komputer atau peranti lain melalui USB. Jadi, sekiranya fungsi ini boleh dimatikan atau dipintas data pengguna terdedahkan kepada risiko yang tidak diingini.
Berikutan itu, Apple menyarankan pengguna untuk mengemaskini ke iOS 18.3.1 bagi menghalang dan memastikan keselamatan data pengguna. Untuk melakukan kemas kini ini, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.