iQOO mengumumkan penambahan kemas kini selama satu tahun untuk peranti iQOO 12 merangkumi Android dan juga keselamatan. Sekaligus, menjadikan peranti ini akan menyokong 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan.

iQOO 12 yang diperkenalkan pada Disember 2023 hanya menyokong 3 tahun kemas kini Android dan 4 tahun keselamatan. Dengan penambahan ini, iQOO 12 akan menerima kemas kini sehingga tahun 2028.
Perubahan sokongan kemas kini ini membolehkan pengguna iQOO 12 menggunakan peranti mereka dengan lebih lama dalam masa yang sama dapat memberikan pengalaman yang lebih lancar dan selamat.
Sebagai rekod, iQOO 12 merupakan peranti pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang ditawarkan di Malaysia dengan harga jualan RM3399.