Sarawak merancang untuk membangunkan model kecerdasan buatan (AI) sendiri yang akan dikenali sebagai ‘DeepSAR’, inspirasi daripada model AI dari China iaitu DeepSeek.
AI ini akan dibangunkan dengan kesesuaian landskap dan sumber digital negeri Sarawak. Sistem atau asas AI ini akan menggabungkan pelbagai data tempatan khususnya negeri Sarawak untuk dikongsi secara global.
Premier Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap DeepSAR akan dibangunkan oleh rakyat Sarawak, mempunyai pengetahuan yang baik mengenai negeri sekaligus memudahkan perbualan digital antara rakyat sarawak dengan dunia.
Selain itu, model AI yang dibangunkan sendiri akan dapat membantu dalam mempromosikan biodiversiti Sarawak sekaligus dapat mewujudkan peluang ekonomi baru untuk Sarawak.