HMD kini sedia untuk menawaran peranti baru mereka iaitu Crest 5G ke pasaran tempatan. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dengan harga jualan yang mampu milik.

HMD Crest 5G ini hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67 dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T760 (6nm) yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti bicu audio 3.5mm, penarafan IP52, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan Android 14.

Di Malaysia. HMD Crest 5G ini dijual pada harga RM799 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan dengan harga promosi RM699 untuk tempoh terhad.