Seperti yang kita tahu, Amerika Syarikat (AS) telahpun melanjutkan larangan TikTok selama 75 hari, membolehkan pentadbiran Trump menentukan tindakan yang lebih sesuai untuk menyelesaikan isu tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, Amazon dikatakan berminat untuk mendapatkan atau mengambil alih operasi TikTok di AS. Amazon dikatakan merancang untuk mengintergrasikan e-Dagang mereka sekiranya berjaya mengambil alih TikTok.
Selain Amazon, terdapat beberapa lagi syarikat yang berminat untuk mendapatkan TikTok antaranya seperti Oracle dan Microsoft. Namun begitu, TikTok dikatakan tidak berminat untuk menjual operasi mereka secara langsung sebaliknya mencari alternatif lain.
CEO TikTok iaitu Shou Chew dilaporkan telah bertemu dengan pegawai kanan Rumah Putih dan mencadangkan syarikat baru yang berpusat di AS sekaligus dapat memastikan keselamatan data. Selain itu, pengurusan serta lembaga pengarah majoriti akan dipegang oleh AS.
Buat masa ini, tiada sebarang keputusan yang dikeluarkan mengenainya dan masa depan TikTok di AS masih lagi tidak diketahui.