Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah mengeluarkan perintah eksekutif bagi menangguhkan penguatkuasan larangan TikTok di negara tersebut.
Melalui perintah tersebut, Amerika Syarikat memberikan TikTok tempoh lanjutan selama 75 hari. Tempoh lanjutan ini membolehkan pentadbiran Trump menentukan tindakan yang lebih sesuai untuk menyelesaikan isu tersebut.
Bukan itu sahaja, perintah eksekutif ini turut mengarahkan Jabatan Kehakiman untuk tidak mengambil tindakan atau mengenakan penalti terhadap entiti disebabkan oleh ketidakpatuhan terhadap Akta Protecting Americans from Foreign Adversary Controlled Applications.
Sebelum ini, Trump menyatakan 50% pegangan TikTok akan dimiliki oleh entiti Amerika Syarikat. Namun begitu, perincian mengenai perlaksanaan tersebut tidak didedahkan.
Kita mungkin boleh menjangkakan perbincangan akan dilakukan dengan beberapa entiti tempatan untuk melaksanakan langkah tersebut.