Close

YouTube ‘Premium Lite’ kini tersedia di Malaysia – Harga langganan RM12.90 sebulan

Selepas diperkenalkan pada sekitar Mac lalu, pelan langganan mampu milik dari YouTube iaitu Premium Lite kini turut tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Pelan Premium Lite ini ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM12.90 sebulan berbanding RM20.90 sebulan untuk YouTube Premium. Perbezaan pelan Premium Lite ini adalah ia tidak akan memaparkan sebarang iklan pada sebahagian kandungan video yang ditonton. Selain itu, pelan ini turut menyokong muat turun video dan memainkan video secara latar belakang.

Namun begitu, iklan akan dipaparkan pada kandungan seperti muzik dan muzik video dan beberapa ciri premium seperti jumpa ahead atau queuing tidak ditawarkan pada pelan ini. Secara asasnya, pelan ini hanya mengurangkan paparan iklan berbanding tanpa pelan langganan atau percuma.

ARTIKEL BERKAITAN