Peranti paling premium dari OPPO iaitu Find X9 Ultra dan Find X9s, menjadi peranti terbaru yang menyokong perkongsian fail melalui AirDrop.

Sebelum ini, ciri tersebut hanya tersedia pada siri Google Pixel 10 dan siri Samsung Galaxy S26. Ciri ini menjadikan perkongsian fail antara Android dan iPhone kini lebih mudah dengan kemampuan rentas platform melalui Quick Share untuk Android dan AirDrop untuk peranti Apple.

Ciri rentas platform ini membolehkan pengguna memindahkan fail antara kedua-dua platform secara terus tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga. Selain OPPO Find X9 Ultra, model terbaru dari vivo iaitu X300 Ultra dikatakan akan turut menyokong ciri ini.
Google telahpun mengesahkan ciri ini akan turut tersedia kepada lebih banyak peranti Android pada masa akan datang.