Close

Apple buang pilihan 256GB untuk Mac mini M4

Tiada lagi pilihan storan 256GB untuk Mac mini dengan cip M4 selepas Apple mengeluarkan pilihan tersebut dari penyenaraian. Bermaksud, pengguna tidak lagi boleh membeli Mac mini M4 dengan storan 256GB.

Kehabisan stok di beberapa pasaran utama menyebabkan Apple mengeluarkan atau membuang pilihan tersebut daripada laman web rasmi mereka. Sebelum ini, storan 256GB merupakan storan paling rendah untuk Mac mini M4 dan dijual pada tanda harga RM2499.

Kini, Mac mini M4 dengan storan 512GB adalah paling rendah dan dijual pada tanda harga RM3349. Menurut CEO Apple, permintaan Mac mini dan Mac Studio melebihi dari jangkaan syarikat. Kedua-dua model ini dikatakan menjadi pilihan utama bagi tujuan automasi.

Berikutan permintaan yang tinggi, Apple berkemungkinan memerlukan masa beberapa bulan mengambil untuk menstabilkan semula bekalan dan permintaan di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN