Close

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini boleh dipra-tempah

vivo Malaysia bakal memperkenalkan dua peranti baru iaitu X300 Ultra dan X300 FE. Menariknya, biarpun tarikh pelancaran masih lagi rahsia namun kedua-dua peranti ini telahpun dibuka untuk pra-tempahan.

Pra-tempahan untuk X300 Ultra dan X300 FE akan bermula hari ini iaitu 4 Mei hingga 22 Mei 2026. Seperti biasa, pra-tempahan akan menerima pelbagai ganjaran seperti rebat tunai dan aksesori fotografi premium.

Untuk X300 Ultra, pembeli akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM4556. Manakala untuk X300 FE, pembeli akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM2855. Kedu-dua peranti ini turut ditawarkan dengan pakej perlindungan vivo Care yang merangkumi jaminan tambahan atau lanjutan satu tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari.

ARTIKEL BERKAITAN