Close

OnePlus Pad 4 diperkenalkan – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan bateri 13,380mAh

OnePlus memperkenalkan tablet andalan baru mereka iaitu OnePlus Pad 4 merupakan pengganti kepada model semasa iaitu OnePlus Pad 3.

OnePlus Pad 4 hadir dengan skrin LCD bersaiz 13.2-inci dengan paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, tablet ini hadir dengan kamera tunggal dengan sensor 13MP pada bahagian belakang dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 13,380mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Tablet ini turut hadir dengan sistem penyejuk vapor chamber yang membantu mengawal suhu ketika penggunaan berat.

Tablet ini turut dilengkapi dengan 8 pembesar suara, dwi-mikrofon, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan menjalankan sistem operasi Android 16 dengan antaramuka OxygenOS 16. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dune Glow dan Sage Mist.

Di India, OnePlus Pad 4 dijual pada harga sekitar INR59,999 (RM2515) untuk 8GB + 256GB dan mencapai sehingga INR64,999 (RM2701) untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN