Close

Instagram uji fungsi baru – Sunting ‘Stories’ selepas dimuat naik

Instagram dilaporkan sedang menguji ciri baru yang membolehkan pengguna menyunting semula Stories selepas dimuat naik.

Berdasarkan dari tangkap layar yang didedahkan, memperlihatkan pengguna mempunyai pilihan untuk menyunting semula stories yang telah dimuat naik. Walau bagaimanapun, selepas disunting versi asal akan dipadam dan semua maklum balas yang diterima seperti reaksi, tanda suka dan komen akan ditetapkan semula.

Namun begitu, perkara tersebut dilihat sama seperti muat naik stories baru kerana semua maklum balas yang diterima ditetapkan semula. Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah stories yang disunting akan mempunyai label ‘edited’ dan berapa lama tempoh yang diberikan untuk menyunting semula stories.

Buat masa ini, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai ciri dan adakah ciri akan tersedia pada semua pengguna atau sebaliknya

ARTIKEL BERKAITAN