Apple berkemungkinan akan menggunakan sistem penyejukan yang lebih baik pada semua model iPhone 17.
Menurut maklumat, Apple merancang untuk menggunakan teknologi penyejukan yang dinaik taraf pada semua model iPhone 17. Teknologi penyejukan Vapor Chamber (VC) bukanlah teknologi baru kerana telah digunakan pada kebanyakkan peranti Android andalan.
Dengan menggunakan teknologi ini, ia akan menyelesaikan masalah kepanasan dalam masa yang sama dapat mengekalkan prestasi peranti dengan lebih baik dan konsisten.
Walau bagaimanapun, laporan ini diihat berbeza dari apa yang dinyatakan oleh Ming-Chi Kuo. Menurut beliau, hanya iPhone 17 Pro Max sahaja akan dilengkapi dengan sistem penyejukan VC.
Perubahan sistem penyejukan ini dijangka akan menjadi sesuatu yang menarik pada iPhone 17. Ia juga boleh dikatakan sebagai langkah terbaik untuk Apple mengoptimumkan prestasi peranti mereka berikutan cip yang semakin berkuasa.