Instagram kini membolehkan pengguna memuat naik video Reels yang lebih panjang iaitu sehingga 3 minit. Perkara tersebut dikongsi oleh Adam Mosseri yang merupakan Head of Instagram.

Sebelum ini, Reels hanya menyokong muat naik video sehingga 90 saat sahaja. Jadi, dengan perubahan ini ia akan memberikan pengalaman yang lebih baik dan lebih menarik pada pengguna dan juga pencipta kandungan.
Selain itu, Instagram menyatakan perubahan ini dibuat berdasarkan kepada maklum balas pengguna yang mahukan durasi kandungan atau video yang lebih panjang.
Perubahan ini memperlihatkan yang Instagram sentiasa berusaha untuk bersaing dalam platform video pendek dalam masa yang sama memenuhi kehendak pengguna mereka.