Meta mengumumkan aplikasi suntingan video yang dipanggil sebagai Edits. Aplikasi ini direka untuk peranti mudah alih dan diterbitkan di bawah Instagram.

Edits hadir dengan pelbagai fungsi dan kemampuan seperti suntingan video terus pada peranti, eksport video tanpa sebarang logo, suntingan yang dikuasakan oleh AI dan juga boleh berkongsi secara terus ke Instagram atau platform media lain. Selain itu, Edits turut membolehkan pengguna menyunting video dengan lapisan berbeza dan menambah pelbagai kemas khas pada video.

Aplikasi ini dilihat akan menjadi pesaing atau alternatif kepada aplikasi popular dari ByteDance iaitu CapCut. Isu sekatan yang dikenakan pada CapCut di Amerika Syarikat akan menjadi peluang terbaik untuk aplikasi dari Meta ini.
Edits dijangka dilancarkan pada 13 Mac 2025 dengan iOS akan menjadi peranti terawal dan diikuti oleh Android. Bagi pengguna iOS, daftar minat untuk aplikasi ini telahpun di buka.