Close

Rekaan iPhone SE 4 tertiris – Guna rekaan iPhone 14?

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE 4 pada tahun ini. Berikutan dari itu, terdapat beberapa laporan mendedahkan maklumat mengenai peranti tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, rekaan yang didakwa sebagai iPhone SE 4 telahpun tertiris. Sekaligus, mendedahkan beberapa maklumat mengenainya. Merujuk kepada imej tersebut, memperlihatkan iPhone SE 4 hadir dengan rekaan seperti iPhone 14.

iPhone SE 4 menggunakan rekaan berkotak dengan sisi jenis rata. Selain itu, turut dapat dilihat ia hadir dengan panel belakang jenis kaca dan dilengkapi dengan kamera belakang tunggal. Butang kawalan suara dan butang notifikasi serta slot kad SIM masih kekal di sebelah kanan.

Berbeza dengan laporan sebelum ini, iPhone SE 4 dilihat tidak akan dilengkapi dengan Action Button dan juga Camera Control. Namun begitu, ia dijangka akan menggunakan pengecasan jenis USB-C.

Selain itu, iPhone SE 4 dijangka akan dikuasakan dengan cip A18 dan menyokong fungsi Apple Intelligence. Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE 4 pada bulan April ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN