Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk tahun 2025 akan mula diberikan kepada penerima yang layak bermula 22 Januari ini.
Sumbangan STR Fasa 1 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, meningkat berbanding RM2.1 billion pada tahun lalu.

Pembayaran STR akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sedia ada dan penerima baru yang berdaftar di dalam pangkalan data STR, mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.
Bagi yang layak namun tiada dalam pangkalan data STR, anda perlu membuat permohonan baru bagi membolehkan proses pengesahan mengikut kategori STR dimuktamadkan.
Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.