Berita untuk pengguna Garmin di Malaysia, anda kini boleh menggunakan Garmin Pay untuk melakukan transaksi pembayaran tanpa sentuh melalui jam Garmin.

Buat yang tidak mengetahui, Garmin Pay adalah perkhidmatan dompet digital seperti mana Google Pay dan juga Apple Pay. Sekaligus, membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti.
Melalui perkongsian Garmin Malaysia, Public Bank menjadi bank pertama yang akan menyokong Garmin Pay. Lebih banyak bank dijangka akan menyokong fungsi ini dari masa ke semasa.

Seiring dengan itu, Garmin turut mengumumkan tawaran menarik iaitu pulangan tunai RM30 apabila melakukan 3 transaksi (minimum RM80/transaksi) dengan kad Public Bank melalui Garmin Pay. Tawaran ini bermula dari 21 sehingga 30 April 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai Garmin Pay, boleh layari laman rasmi Garmin Malaysia.