Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan tidak lagi akan diteruskan bermula tahun ini.
Selain itu, beliau turut menyatakan mesyuarat Kabinet pada tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia dan perincian tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
Dengan perubahan tersebut, bermaksud tiada lagi pemberian tol percuma sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada minggu hadapan.
Pada ketika ini, kerajaan sedang pertimbang untuk menggunakan pendekatan atau mekanisma baru yang lebih bersasar untuk rakyat Malaysia bagi menggantikan tol percuma sempena perayaan.