WhatsApp bakal memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan WhatsApp Status dikongsi secara terus merentas aplikasi Meta.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh berkongsi WhatsApp Status secara terus ke Facebook dan juga Instagram Stories. Sekaligus, memudahkan perkongsian status atau stories ke platfrom sosial lain.

Namun begitu, fungsi ini tidak diaktifkan secara automatik sebaliknya pengguna boleh memilih untuk berkongsi Status di WhatsApp sahaja atau ke platform sosial lain.
Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam pembangunan dan dijangka akan tiba pada semua pengguna dalam masa terdekat.