Close

Powerbeats Pro 2 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM1049

Apple secara rasmi memperkenalkan Powerbeats Pro 2 untuk pasaran tempatan. Peranti ini tampil dengan pelbagai peningkatan bersama rekaan yang lebih ringan berbanding generasi sebelumnya.

Powerbeats Pro 2 hadir dengan rekaan yang lebih baik dengan 20% lebih ringan berbanding model sebelumnya. Dikuasakan dengan cip Apple H2 serta turut menyokong Active Noise Cancelling (ANC) dan Transparency Mode.

Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan heart rate sensor secara terbina. Melaluinya, pengguna boleh memantau atau menjejak kadar denyutan jantung semasa melakukan aktiviti atau senaman. Apple menyatakan, peranti ini mempunyai penderia optik LED dengan keupayaan denyutan lebih 100 kali sesaat untuk mengukur aliran darah.

Dari segi ketahanan bateri, Powerbeats Pro 2 mampu bertahan sehingga 10 jam waktu penggunaan untuk satu pengecasan penuh. Ia turut menawarkan ketahanan bateri sehingga 45 jam bersama dengan bekas pengecas. Rekaan bekas pengecas kini 33% lebih kecil berbanding model sebelumnya. Selain itu, ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar dan juga penarafan IPX4.

Di Malaysia, Powerbeats Pro 2 dijual pada harga RM1049 dan ditawarkan dengan 4 pilihan warna. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli melalui laman rasmi Apple Store Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN