Sasmung mungkin akan menggunakan kapasiti bateri lebih besar dengan teknologi baru pada Galaxy S26.

Menurut laporan, Samsung merancang untuk mengunakan teknologi bateri silikon-karbon bagi menggantikan teknologi bateri berasaskan grafit yang digunakan ketika ini. Melalui teknologi ini, ia membolehkan Samsung meningkatkan kapasiti bateri sehingga 7000mAh.
Samsung turut dikatakan bersedia untuk melakukan pelaburan secara besar-besaran dalam pembangunan bateri silikon-karbon untuk digunakan pada peranti andalan mereka tahun depan. Teknologi bateri silikon-karbon ini telahpun digunakan beberapa pengeluar dari China seperti HONOR, OnePlus, vivo dan lain-lain.
Sekiranya laporan ini tepat, kita bakal melihat perubahan teknologi bateri pada peranti andalan tidak lama lagi. Perubahan ini dijangka akan turut mendorong Apple untuk menggunakan teknologi bateri yang sama pada peranti ini.