Elon Musk bersama sekumpulan pelabur dikatakan berminat untuk membeli OpenAI dengan harga $97.4 billion.

Menurut laporan, pembelian tersebut menyasarkan kepada aset organisasi tidak berasas keuntungan yang menyelia syarikat yang bertanggungjawab untuk ChatGPT. OpenAI ketika ini sedang mengumpul dana untuk mengandakan penilaiannya.
Dengan pembelian OpenAI, Musk merancang untuk mengembalikan semula kepada sumber terbuka dan memfokuskan kepada keselamatan. Namun begitu, pembelian tersebut dikatakan sebagai sebahagian daripada persaingan peribadi antara Elon Musk dan Sam Altman.
no thank you but we will buy twitter for $9.74 billion if you want
— Sam Altman (@sama) February 10, 2025
Berikutan dari itu, CEO OpenAI iaitu Sam Altman melalui platform X menyatakan beliau tidak berminat untuk menjualnya dan mahu membeli twitter dengan nilai $9.74 jika Elon Musk mahu.
Buat yang tidak mengetahui, Elon Musk dan Sam Altman merupakan pengasas kepada OpenAI yang dibuka pada 2015. Namun, pada 2019 Elon Musk meninggalkan syarikat tersebut dan Sam Altman dilantik menjadi CEO untuk OpenAI.