HONOR bakal mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dengan pembantu maya mereka iaitu YOYO di China.

HONOR akan menggunakan model DeepSeek-R1 yang lebih canggih untuk digabungkan dengan YOYO. Pengguna HONOR yang menjalankan MagicOS 8.0 dan ke atas boleh menaik taraf pembantu maya mereka kepada yang terkini.
Dengan integrasi ini, pembantu maya YOYO akan menawarkan keupayaan yang lebih baik dari segi interaksi atau perbualan dan juga lebih pintar.
HUAWEI merupakan pengeluar terawal yang mengintergrasikan DeepSeek pada peranti mereka. OPPO, dijangka akan menjadi pengeluar seterusnya yang akan mengintergrasikan DeepSeek pada peranti mereka tidak lama lagi.