Acara khas iaitu Google I/O 2025 dijadualkan akan berlangsung pada 20 dan 21 Mei ini. Pada acara ini Google akan mengumumkan pelbagai perkara merangkumi produk baru dan juga perisian baru.

Untuk tahun ini, Google dijangka akan memperlihatkan keupayaan dan juga kemampuan baru yang akan ditawarkan oleh kecerdasan buatan (AI) mereka iaitu Gemini. Selain itu, maklumat lebih lanjut mengenai cermin mata pintar dan sistem operasi Android XR dijangka akan turut dikongsi.
Tidak ketinggalan, kita mungkin boleh menjangkakan yang Google akan mengumumkan sistem operasi baru iaitu Android 16 dan berkongsi maklumat penuh mengenainya. Seperti biasa, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada acaranya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.