Close

Aplikasi Apple TV kini tersedia untuk pengguna Android

Apple kini sedia untuk menawarkan aplikasi penstriman video mereka iaitu Apple TV kepada pengguna Android. Sebelum ini, Apple telahpun menawarkan aplikasi penstriman muzik iaitu Apple Music kepda pengguna Android.

Sehubungan dengan itu, pengguna Android kini boleh memuat turun atau memasang aplikasi tersebut melalui Google Play Store. Seiring dengan ketibaanya, Apple menawarkan percubaan percuma selama 7 hari untuk pengguna Android.

Apple TV menawarkan pelbagai kandungan dan siri menarik antaranya seperti Ted Lasso, The Morning Show, Severance, Hijack, dan Masters of the Air. Terdapat juga kandungan yang eksklusif untuk Apple TV sahaja seperti CODA, Killers of the Flower Moon, dan The Family Plan.

Pengguna juga boleh melanggan MLS Season Pass dan Friday Night Baseball & Sunday Night Soccer. Apple TV mula dilancarkan pada 2019 dan telah memenangi pelbagai anugerah. Sekiranya berminat, perkhidmatan ini boleh dilanggan pada harga RM29.90 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN