Close

Perodua mungkin jadi penaja Manchester United

Syarikat automotif tempatan iaitu Perodua dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjadi penaja kepada pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United.

Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin telah menerima surat dari pasukan berkenaan yang bertanya sekiranya beminat untuk memaparkan logo Perodua pada jersi dan menaja mereka.

Beliau menyatakan, pihak mereka sedang menilai mengenai tawaran tersebut dan tidak menolak sekiranya perkara tersebut mungkin terjadi. Pada ketika ini, Perodua lebih memfokuskan kepada penajaan untuk permainan berskala kecil seperti tenis dan golf.

Selain itu, beliau turut menyatakan tawaran tersebut menunjukkan yang Perodua kini semakin dikenali di peringkat antarabangsa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN