Penggabungan dua syarikat automotif Jepun iaitu Nissan dan Honda menemui kegagalan selepas kedua-dua syarikat sepakat untuk membatalkan penggabungan tersebut.
Nissan dan Honda dikatakan bersetuju untuk menamatkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 23 Disember tahun lalu untuk mempertimbangkan penggabungan perniagaan.
Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai perkara seperti keadaan pasaran, struktur penggabungan perniagaan, objektif penggabungan dan juga strategi pasca-penggabungan.
Sebelum ini, kedua-dua syarikat merancang untuk mewujudkan syarikat induk baru. Namun, Honda mengubah rancangan tersebut dengan mencadangkan Nissan menjadi anak syarikatnya. Cadangan tersebut ditolak oleh Nissan dan memutuskan untuk membatalkan penggabungan perniagaan.
Walaupun penggabungan ini menemui kegagalan. Namun begitu, kedua-dua syarikat akan terus berkerjasama dalam merangka perkongsian strategik untuk kenderaan elektrik bagi memacu dan memaksimumkan nilai korporat masing-masing.