Close

Apple menjadualkan acara pelancaran pada 19 Februari ini – Mungkin perkenal iPhone SE 4?

CEO Apple iaitu Tim Cook melalui platform X berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka pada 19 Februari 2025.

Melalui perkongsian tersebut, Tim Cook turut menyatakan ‘Get ready to meet the newest member of the family’. Sekaligus, memberikan gambaran iPhone SE 4 akan diperkenalkan pada acara tersebut.

iPhone SE 4 dijangka hadir dengan Dynamic Island seperti mana yang digunakan pada iPhone 14 Pro dan ke atas. Sekaligus, memberikan gambaran peranti ini akan menyokong fungsi Face ID.

Dari segi spesifikasi, iPhone SE 4 berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip A18, 8GB RAM, skrin OLED 6.1-inci, port pengecasan USB-C, kamera 48MP dan menyokong Apple Intelligence.

Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti baru Apple hanya akan diketahui pada acara pelancarannya. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN