Seperti yang kita tahu, Nothing Phone (3a) akan diperkenalkan pada 4 Mac ini. Seiring dengan itu, Nothing telah mengumumkan maklumat baru mengenai peranti ini.

Menurut Nothing, Phone (3a) akan dikuasakan dengan cip berprestasi elit dari dari Qualcomm. Namun begitu, Nothing tidak mendedahkan cip yang akan digunakan pada peranti tersebut. Berdasarkan beberapa sumber, Phone (3a) berkemungkinan akan dijana dengan cip Snapdragon 8s Elite.
Buat masa ini, cip tersebut belum lagi diperkenalkan oleh Qualcomm. Cip ini dikatakan sebagai alternatif kepada cip Snapdragon 8 Elite dan akan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.
Phone (3a) dijangka akan memfokuskan kepada kemampuan kamera dengan menggunakan tetapan tri-kamera belakang. Selain itu, peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan butang tambahan baru. Dari segi spesifikasi, ia mungkin hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci, bateri 5000mAh dan pengecasan 45W.