Close

WhatsApp kini hadir dengan fungsi baru ‘Chat Theme’ – Ubah suai tema perbualan

WhatsApp kini hadir dengan fungsi baru iaitu ‘Chat Theme’. Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna mengubah suai tema perbualan mengikut citarasa pengguna.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh mengubah suai message colour dan juga wallpaper. Lebih menarik, pengguna boleh memilih tema secara spesifik untuk perbualan tertentu seperti untuk kumpulan, teman istimewa dan sebagainya. Buat masa ini, terdapat lebih dari 10 tema yang ditawarkan oleh WhatsApp untuk fungsi ini.

Fungsi ini dilihat dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Namun begitu, fungsi tidak diaktifkan secara automatik sebaliknya perlu dilakuan secara manual.

Untuk mengakses fungsi ini, pergi ke Settings > Chat > Default Chat Theme. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk mengakses fungsi ini secara terus melalui perbualan dengan tekan menu 3-dot (Android) atau tekan pada nama (iOS).

ARTIKEL BERKAITAN