Close

realme Neo7 SE diperkenalkan – Guna cip Dimensity 8400-Max dengan bateri 7000mAh

realme secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti baru mereka untuk pasaran China iaitu Neo7 SE. Hadir dengan spesifikasi yang berkuasa dan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 7000mAh.

realme Neo7 SE hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 6000 nits dan dilindungi dengan Crystal Armor Glass. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8400-Max yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Bateri peranti menggunakan teknologi CATL dengan ketumpatan tenaga 800Wh/L yang menjanjikan lebih 80% kesihatan bateri walaupun selepas 5 tahun penggunaan.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan sistem penyejukkan sebesar 7700mm². Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68/IP69/IP66, pengimbas cap jari bawah skrin, sky communication system 2.0, WiFi 6, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan realme UI 6.0.

Untuk pasaran China, realme Neo7 SE dijual pada harga sekitar CNY1799 (RM1100) untuk varian asas dan varian tertinggi pula dijual pada harga sekitar CNY2499 (RM1599).

ARTIKEL BERKAITAN