Instagram mungkin akan menawarkan Reels sebagai aplikasi berasingan, bermaksud Reels tidak lagi tersedia di dalam aplikasi yang sama.
Menurut laporan, Instagram merancang untuk menawarkan aplikasi khusus yang berasingan untuk Reels. Melalui penawaran ini, aplikasi Reels mungkin akan membawakan pelbagai fungsi yang mirip seperti TikTok.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai fungsi yang akan ditawarkan pada aplikasi Reels. Dengan perubahan ini, Reels dijangka akan dapat bersaing dengan lebih baik dengan TikTok.
Selain itu, penawaran ini dilihat sebagai langkah strategik berikutan ketidakpastian status TikTok di Amerika Syarikat. Meta sebelum ini, telahpun memperkenalkan aplikasi Edits sebagai alternatif kepada CapCut.