Close

HONOR Pad V9 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM1999

HONOR Malaysia menambah penawaran tablet mereka ke pasaran tempatan dengan memperkenalkan HONOR Pad V9. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dan memfokuskan kepada penggunaan yang lebih menyeluruh.

HONOR Pad V9 hadir dengan skrin 11.5-inci dengan resolusi 2.8K yang turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 Elite yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W. Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP dan swafoto 8MP. Tablet ini menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15, turut hadir dengan pelbagai fungsi AI seperti AI Meeting Translation, AI Smart Summary, dan AI Voiceprint Noise Reduction.

Selain itu, tablet ini turut menyokong papan kekunci dan juga stylus untuk menjadikan ia produktif dan serba boleh untuk pelbagai kegunaan. Tidak ketinggalan, tablet ini mempunyai 8 pembesar suara terbina yang menyokong IMAX Enhanced dan HONOR Spatial Audio.

Untuk pasaran tempatan, HONOR Pad V9 dijual pada harga RM1999 dan ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu White dan Gray. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli di semua pengedar rasmi HONOR Malaysia. Lebih menarik, setiap pembelian akan menerima hadiah menarik.

ARTIKEL BERKAITAN