Maybank melalui laman web rasmi mereka menyatakan beberapa perkhidmatan mereka tidak boleh diakses pada Ahad, 13 April 2025 bermula pada 3.00 pagi sehingga 8.00 pagi.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem sekaligus menyebabkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses sementara waktu. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE, FPX Online Payments, Debit Card Transactions, Maybank2u Biz (web dan aplikasi) dan perkhidmatan ATM.
Seiring dengan itu, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.